Wednesday, August 27, 2014

KHIDMAT BANTU SSQS 2014 KELOMPOK PKG KUALA KURAU


 
Seramai 3 orang pegawai PKG Kuala Kurau yang terdiri daripada Pn Wan Maszatul Laili (PTP 1),En,Kamaruzaman (PTP 2) dan En Ahmad Eusman (Juruteknik Komputer) telah melakukan lawatan khidmat bantu pengisian data SSQS 2014 ke 2 sekolah menengah SABK iaitu SABK Al-Falah dan SABK Shamsul Maarif bagi membantu warga sekolah berkenaan menyelesaikan proses pengisian data SSQS 2014 mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Lawatan khidmat bantu itu telah diadakan pada 27 Ogos 2014. Hasil daripada lawatan khidmat bantu itu, kedua kedua sekolah itu telah berjaya menyelesaikan proses pengisian data SSQS mereka.

Tuesday, August 26, 2014

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG NEGERI PERAK 2014 DI SK SUNGAI BURONG 25 OGOS 2014


NAMA PEGAWAI PENILAI :

1. CIK HASLINDA BINTI JAMALUDDIN
2.ENCIK MOHD RIZAL BIN TERMIZI
3. PUAN NORJIHAN BINTI MAT RASHID

Bahan video hasil perkongsian PKG Kuala Kurau dan SK Sg Burong

































































Monday, August 25, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 57




UNTUKMU MH17


DIDEKLAMASI OLEH :

ABDUL GHAFAR ISMAIL
Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro





Thursday, August 21, 2014

Wednesday, August 20, 2014

Surat Rasmi Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah Kerian 2014


Untuk makluman kepada Guru Perpustakaan Media SK Matang Gerdu, SK Seri Siakap,SMK Seri Perak, SMK Raja Lope Nor Rashid dan SMK Methodist .Berikut adalah surat rasmi tentang pemilihan tokoh NILAM daerah Kerian 2014.

VIDEO FORMAT BARU PEMILIHAN TOKOH NILAM (BAHASA INGGERIS)



FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS ( INDIVIDU )













 FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS  (KUMPULAN) 



 
PKG Kuala Kurau ingin berkongsi video format terkini pemilihan Tokoh NILAM sebagai panduan kepada Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau yang bakal bertanding di peringkat daerah pada 28 Ogos 2014 nanti di PKG Gunung Semanggol.







VIDEO FORMAT BARU PEMILIHAN TOKOH NILAM ( BAHASA MELAYU )




FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA MELAYU ( INDIVIDU )














FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (KUMPULAN)





PKG Kuala Kurau ingin berkongsi video format terkini pemilihan Tokoh NILAM sebagai panduan kepada Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau yang bakal bertanding di peringkat daerah pada 28 Ogos 2014 nanti di PKG Gunung Semanggol.




Tuesday, August 19, 2014

Khidmat Bantu PSS di SJKT Ladang Chersonese



Tahniah diucapkan kepada SJKT Ladang Chersonese kerana mewakili Daerah Kerian untuk Penilaian Anugerah PSS Cemerlang 2014 peringkat Negeri Perak bagi kategori sekolah kurang murid.Warga PKG Kuala Kurau turut berkongsi kegembiraan  dengan kejayaan SJKT Ladang Chersonese yang merupakan salah satu sekolah di dalam kelompok PKG Kuala Kurau. Semoga berjaya merangkul kemenangan di peringkat negeri. Pihak PKG Kuala Kurau telah turun ke sekolah berkenaan bagi program khidmat bantu PSS.

Monday, August 18, 2014

Tajuk Pemilihan Tokoh Nilam Daerah 2014




Tahniah diucapkan kepada para pemenang Tokoh NILAM 2014 peringkat PKG Kuala Kurau. Bagi memantapkan persediaan para pemenang untuk bertanding di peringkat pemilihan Tokoh NILAM 2014  Daerah Kerian yang bakal diadakan pada tarikh 28 Ogos 2014  jam 8.00 pagi di PKG Gunung Semanggol, pihak PKG Kuala Kurau telah memuat naik senarai topik yang bakal dipertandingkan pada pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2014. Semoga dengan perkongsian bahan ini dapat memantapkan lagi persediaan wakil wakil Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau untuk bertanding di peringkat daerah nanti.Bahan ini disediakan dalam format Office 2003 dan Office 2010.Pautan bahan ada disediakan di bawah. Selamat berjaya kepada Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau !



Topik NILAM Daerah Kerian 2014

Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Kelompok PKG Kuala Kurau 2014





Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM peringkat kelompok PKG Kuala Kurau telah berjaya dianjurkan pada 14 Ogos 2014. Seramai 23 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel pemilihan yang telah dijalankan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Pihak PKG Kuala Kurau mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan sekolah sekolah kelompok PKG Kuala Kurau dalam menjayakan program tersebut.Pihak PKG Kuala Kurau juga ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan rakan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Kerian kerana kesudian membantu dalam menjayakan bengkel pemilihan tersebut.Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah terpilih untuk mewakili kelompok PKG Kuala Kurau ke peringkat Daerah Kerian yang bakal diadakan di PKG Gunung Semanggol pada tarikh 28 Ogos 2014. Kami mendoakan agar wakil kelompok PKG Kuala Kurau berjaya terpilih untuk mewakili Daerah Kerian ke peringkat Negeri Perak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang mengikut kategori masing masing :


Tuesday, August 12, 2014

FOLDER NILAM 2014






Pihak PKG Kuala Kurau  telah memuat naik satu folder yang mengandungi bahan bahan berkaitan Pemilihan Tokoh NILAM 2014. Semua Guru Penyelaras Media Kelompok PKG Kuala Kurau boleh memuat turun bahan tersebut melalui pautan yang telah disediakan di bawah. Format folder adalah di dalam bentuk WinRAR. Guru guru boleh memuat turun perisian WinRAR secara percuma dan melakukan instalasi perisian tersebut di dalam komputer masing masing. Pautan untuk memuat turun perisian WinRAR juga disediakan di bawah. Pihak PKG Kuala Kurau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua Guru Penyelaras Media Kelompok PKG Kuala Kurau dalam menjayakan Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM 2014  Kelompok PKG Kuala Kurau.




FOLDER NILAM 2014



WinRAR 64bit



WinRAR 32 bit

Thursday, August 7, 2014

PERTANDINGAN VIDEO DIGITAL PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2014



Pertandingan ini terbuka kepada pelajar pelajar sekolah menengah di Negeri Perak.  Sebarang pertanyaan tentang pertandingan ini boleh diajukan kepada PKG yang berhampiran.Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.


Syarat syarat pertandingan :

1.Terbuka kepada semua SMK/SMJK/SABK/SM Negeri/ SBP dan Kolej Vokasional
2.Penyertaan adalah PERCUMA
3.Tiada had penyertaan
4. Video berkonsepkan DRAMA PENDEK dan bertemakan PENDIDIKAN

Kategori

1. Sekolah Menengah Rendah ( Peralihan Tingkatan 1,2 dan 3 )
2. Sekolah Menegah Atas ( Tingkatan 4, 5, dan Pra U )



Hadiah Menarik Menanti Anda :

1. Tempat Pertama RM500.00
2. Tempat Kedua RM400.00
3. Tempat Ketiga RM300.00
                dan
Tiga Hadiah Saguhati RM100.00
serta Sijil bagi setiap penyertaan

Borang Pertandingan Video Digital Pendidikan Negeri Perak 2014

Panduan Pengisian SSQS 2014

TEMPOH MASA PENGISIAN SSQS 2014 : 14 JULAI HINGGA 30 OGOS 2014


Perkongsian panduan pengisian SSQS untuk sekolah sekolah di bawah kelompok PKG Kuala Kurau. Terima kasih diucapkan kepada PKG Kamunting di atas perkongsian bahan ini.Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi borang secara dalam talian mengikut tarikh dan ketetapan yang telah ditetapkan. 



PANDUAN PENGISIAN BORANG SSQS 2014


Borang borang secara offline juga boleh dimuat turun melalui pautan di bawah
Muat turun borang borang offline SSQS

Borang borang SSQS 2014